Wednesday, April 22, 2009

Tiara Terkilan Qhaud Tersingkir


credit : murai.com.my
Teks oleh Ellyna Ali

KUALA LUMPUR, 21 APRIL 2009: Satu malam penuh emosi buat semua tenaga pengajar di fakulti Akademi Fantasia 7 (AF7) apabila Qhaud telah diumumkan sebagai pelajar ke-5 yang tersingkir daripada program realiti popular terbitan Astro itu, Sabtu lalu.

Daripada principal Tiara Jacquelina J, Cikgu Fatimah, Cikgu Siti Hajar, Cikgu Syafi, Ms Ida Nerina, Cikgu Aris dan Cikgu Acis, masing-masing tidak dapat menahan sedih apabila melihat pelajar tersebut menarik bagasinya untuk keluar dari akademi setelah menjadi mangsa undian SMS terendah.

Semua ini bukan sekadar satu lakonan atau drama yang sengaja dibuat-buat oleh semua tenaga pengajar tetapi hakikat yang berlaku sejurus selepas Qhaud terkeluar.

Paling ketara yang tidak dapat menahan sebak pada malam itu adalah Tiara sendiri selain Cikgu Fati serta Cikgu Siti. Beberapa kali air mata mereka bergenang sehingga Qhaud terpaksa mengesat pipi Cikgu Siti.

Qhaud bagi mereka adalah seorang pelajar AF7 yang baik, mendengar kata, mempunyai motivasi diri yang kuat dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri, tenang serta redha dalam menghadapi apa jua perkara.

Apa yang lebih penting lagi, Qhaud adalah pelajar yang sentiasa menjadi imam setiap solat berjemaah. Malah, dialah yang sentiasa memulakan bacaan doa setiap kali sebelum pelajar-pelajar memulakan persembahan dalam konsert mingguan.

"Saya tidak dapat bayangkan bagaimana jadinya suasana di Akademi apabila tiadanya Qhaud. Dia jugalah yang sentiasa menyuntik semangat serta selalu memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar lain," kata Tiara selepas keputusan diumumkan malam itu.

Kata Cikgu Siti pula: "Bukan kami saja yang merasai kehilangan Qhaud tapi saya pasti pelajar-pelajar lain turut merasai hal yang sama dan berkat usaha gigihnya, dia berjaya memberikan persembahan yang cukup baik pada malam ini.

"Saya sangat bangga dengan pencapaian Qhaud. Dia berjaya membuktikannya kepada kita semua. Tapi lihatlah dia dia sentiasa saja tenang. Memang itulah Qhaud dan dia selalu tidak pernah lupakan Tuhan, tidak pernah lupa solat. Tapi semua itu bukannya sengaja dibuat-buat," kata Cikgu Siti yang matanya bengkak akibat banyak menangis.

Qhaud pelajar cemerlang minggu lalu

Principal Tiara pula berkata, apa yang membuatkan dia dan semua tenaga pengajar terkilan adalah kerana mereka sudah sebulat suara memilih Qhaud sebagai pelajar cemerlang pada minggu lalu.

"Pemilihan Qhaud dibuat kerana dia begitu bekerja keras untuk melakukan yang terbaik dan perubahan itu sangat ketara sekali sewaktu berada di dalam setiap kelas.

"Sayangnya, sebelum sempat gelaran itu diberikan kepadanya, dia telah tersingkir pula. Itulah yang membuatkan saya dan tenaga pengajar lain betul-betul rasa terkilan," katanya dengan nada yang hampir menangis lagi.

"Apapun saya saya bangga kerana selain Qhaud, semua pelajar lain telah menunjukkan peningkatan yang ketara dalam persembahan mereka," katanya.

Sementara itu Qhaud sendiri berkata, dia sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan dalam AF7.

"Saya sentiasa redha dan bersedia dengan penyingkiran ini. Tetapi selepas diberikan lagu Seruan yang pernah dipopularkan Lefthanded, saya mula berazam untuk bekerja keras serta membuat yang terbaik.

"Impian saya ialah untuk menjadi pelajar cemerlang. Sebab itu saya banyak melakukan latihan termasuklah di bilik air dan rasanya Tuhan sudah tentukan untuk saya membuat yang terbaik pada malam ini.

"Tapi, terus terang saya katakan, saya memang tidak pernah membawakan lagu Seruan sebelum ini. Selama ini pun, saya sentiasa diberikan lagu-lagu yang asing buat diri saya. Tapi kenangan paling manis apabila dapat menyanyikan lagu M Nasir kita iaitu Phoenix Bangkit Dari Abu pada minggu yang pertama dan kenangan paling terindah pula bila berpeluang membawakan lagu Seruan bersama band Lefthanded sendiri," katanya.

Ditanya tentang VT Aishah memotong kukunya, Qhaud berkata, sebenarnya bukan Aishah seorang saja yang pernah memotongkan kuku untuknya tetapi ia pernah dilakukan pelajar-pelajar termasuklah tenaga pengajar yang lain.

"Sebelum ini, Aril, Yazid dan Isma pernah potong kuku untuk saya. Cikgu-Cikgu yang potongkan kuku saya pula ialah seperti Cikgu Siti Hajar sendiri. Tapi, tak tahulah kenapa gambar saya dan Aishah itu pula yang keluar. Tapi saya memang tak pandai potong kuku sendiri," katanya tersenyum manja.

~~** tersentuh lak hati nieh bace artikel dr murai.com.my psl Qhaud terkeluar minggu lps.. hu3..

No comments: