Thursday, July 23, 2009

sekilas sihat...

salam... =) orite.. kt sini.. aku nk share skit info kesihatan... baru jer pas bace dr magazine... buleh jgk di guna pakai.. mane yg x tau.. buleh jd tau... =)

DENGAR LEBIH BAIK DENGAN TELINGA KANAN
Jika ingin
seseorang yang melakukan sesuatu yang anda arahkan dengan segera, mintalah menerusi telinga kanan. Penyelidik Itali mendapati manusia memproses maklumat dengan lebih baik apabila permintaan dilakukan pada telinga sebelah kanan. Pakar percaya keadaan ini disebabkan oleh bahagian kiri otak yang diketahui berfungsi memproses permintaan dan menangani maklumat "datang" daripada telingan kanan. Barangkali itulah sebabnya kita melihat kebanyakan daripada kita lebih selesa menggunakan telefon pada telingan sebelah kanan.
~** ohhh... ye ker.. baru tau.. tapi mmg selalu bile jwb phone gune tinga kanan.. ahahahksss... :p
LEBIH BERAT BADAN, LEBIH PANJANG UMUR
Siapa kata pertambahan berat badan adalah sesuatu yang negatif? Kajian terbaru mendapati peningkatan berat badan, tetapi tidaklah sehingga mencapai paras obes mampu membuatkan anda panjang umur! Menurut penyelidik dari Universiti Portland State, Kanada, pertambahan berat badan sebanyak beberapa kilo dikatakan berupaya melindungi individu berusia seiring dengan tahap kesihatan yang semakin menurun. Tetapi ini tidak bermakna mereka yang mempunyai berat badan yang normal perlu melalukan perkara serupa. Lebih berat badan didefinisikan sebagai indeks jisim tubuh (BMI) antara 25 dan 30. Manakala BMI bagi obesiti pula ialah 30 ke atas.
~** heheheh... mcm2 kan.. tp ajal maut smua tlh di tetapkan Allah swt.. =)
DAUN SUP TURUNKAN TEKANAN DARAH TINGGI
Sejenis sayuran berbatang lembut yang berasal dari keluarga Dulce umbelliferae. Ia kaya dengan zat besi, protein, fosforus, natrium, kalium, karotena, vitamin B dan C serta magnesium. Dalam istilah saintifik daun sup dikenali dengan nama "Apium graveolens". Merupakan salah satu ramuan penting sebagai pelengkap resipi sup yang enak. Bermula pada tahun 1942, daun sup dikenal pasti berupaya menjadi penawar kepada penyakit tertentu serta berupaya membantu menurunkan tekanan darah tinggi yang dialami oleh pesakit darah tinggi.

~** kpd sesape yg ade sakit darah tinggi tu.. buleh la mkn daun sup ni byk2 ek... hehehe

No comments: