Thursday, July 23, 2009

Qhaud Nyanyi Lagu Aidit Alfian?

credit : murai.com.my

KL, 21 JULAI 2009:
Sekarang ni kalau Murai Batu buka saja radio, mesti Murai Batu dengar lagu Masih Jelas ciptaan komposer terkenal Aidit Alfian. Tapi tidak ramai pula tahu lagu itu asalnya mahu diberikan kepada pemenang tempat ketiga AF6 dulu iaitu Nubhan.

Pun begitu, Murai Batu difahamkan ia akhirnya tidak jadi kerana lagu itu kurang sesuai dengan vocal range Nubhan. Agaknya mungkin itu sudah tersurat rezeki Hafiz untuk menyanyikan Masih Jelas itu.

Bercakap pasal Aidit, ketika teman Murai Batu pergi menyaksikan latihan bola sepak pasukan Manchester United (MU) dengan Malaysia, ada teman Murai Batu ternampak kelibat Qhaud yang datang dan kemudian bersalaman dengan Aidit di dalam stadium.

Lalu teman Murai Batu itu pun pasang telinga untuk mendengar perbualan mereka. Murai Batu diberitahu, Aidit sudah pun menawarkan sebuah lagu untuk Qhaud dendangkan.

Dengar kata, lagu itu ala-ala etnik sedikit macam lagu Mawi. Jadi sesuailah sangat dengan imej Qhaud yang pandai mengaji. Lanjutan dari perjumpaan itu, Murai Batu difahamkan Qhaud cukup berminat untuk bekerjasama dengan Aidit.

MURAI BATU: Dengar kata single pertama Rini AF7 begitu seksi dan penuh attitude. Sesuailah dengar suara Rini yang serak-serak basah tu.

No comments: