Friday, July 24, 2009

Pengarah Yasmin Ahmad masuk ICU

salam..

di laman web oh! bulan ade mengkhabarkan ttg Yasmin Ahmad, Pengarah terkenal telah dikejarkan ke ICU kerana di serang angin ahmar. beliau juga telah menjalani 1 pembedahan bagi mengurangkan bengkak di otaknya. pembedahan mengejut itu bermula jam 6ptg. semoga yasmin ahmad cepat sembuh dan sihat seperti biasa..amin...sama2 lah kita doakan utk beliau..

credit : ohbulan.com

Pengarah filem dan iklan yang terkenal Yasmin Ahmad, 51, dikejarkan di unit rawatan rapi (ICU) di hospital swasta setelah diserang angin ahmar kira-kira jam 4.30 petang tadi di stesen TV3. Gambar selepas ini…

Beliau berada di Sri Pentas untuk berjumpa dengan Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan suaminya Datuk Khalid Jiwa apabila beliau dilaporkan tidak sihat dan menghadapi kesukaran bernafas.

Siti Nurhaliza, duta Persatuan Bulan Sabit Malaysia, turut memberikan bantuan penafasan (CPR) kepada Yasmin bersama dengan seorang doktor panel stesen tersebut.

Yasmin kemudiannya dihantar Pusat Pakar Perubatan Damansara. Para doktor berjaya menstabilkan beliau sebelum membuat pembedahan kira-kira jam 6 petang untuk mengurangkan bengkak di otaknya.

Manakala, Pakar Neuro di Hospital Pakar Damansara, Dr.Zakaria Zahri memberitahu pengarah Yasmin Ahmad telah mengalami serangan strok.

“Yasmin telah mengalami serangan strok dan terdapat pendarahan pada otaknya. Kami telah melakukan pembedahan untuk mengurangkan bengkak di dalam otaknya,” kata Dr Zakaria Zahriyang telah membuat pembedahan kecemasan ke atas Yasmin selama lebih sejam bermula dari pukul 6 petang tadi.

No comments: