Wednesday, February 18, 2009

Geng Upin-Ipin Dah Kaut RM2 Juta!




credit : murai.com.my
KL, 17 FEB 2008: Terhibur sungguh Murai Batu menonton filem animasi buatan kita, Geng: Pengembaraan Bermula lakonan 2 watak comel Upin & Ipin.

Bukan Murai Batu nak propa macam Miss Propa tu, tetapi Murai Batu berani jamin, filem ini sungguh lucu dan menghiburkan untuk semua lapisan usia dan kaum. Ia very Malaysian pada pandangan Murai Batu.

Terbukti, tanpa menggunakan suara pelakon top di Malaysia macam animasi Putih dan Silat Legenda pun animasi Geng ini tetap menggegarkan panggung. Ini bermakna kalau skripnya bagus dan dialognya pun lucu, orang akan terhibur kerana watak-watak kartun itu telah disuntik 'jiwa' macam lakonan manusia.

Sungguh membanggakan kerana selepas 5 hari tayangan, filem ini dah kaut RM2 juta! Jadi tidak mustahillah kalau semua peminat filem memberikan sokongan filem ini boleh mencecah sasaran tinggi yang diharapkan iaitu, RM10 juta. Harap-haraplah kan.
Bagi Murai Batu, filem ini seronok ditonton sebab animasinya cantik dan mengagumkan. Walaupun ia tidaklah sehebat produski Hollywood iaitu Pixar Studio atau Dreamworks, namun dengan bajet RM5 juta itu, filem ini sudah nampak berkualiti dari segi visual dan kesan bunyinya.

Malah Murai Batu pernah tengok ada filem animasi Barat dan Asia yang membosankan. Jadi Murai Batu sarankan, filem kartun Geng ini sebenarnya boleh juga dialihbahasakan ke Bahasa Thai, Indonesia, Tagalog mahupun Tamil sebab kita berkongsi beberapa budaya yang sama.

Yang geramnya, ada seorang kawan Murai Batu bersikap sinikal untuk menonton filem ini apabila diajak ke panggung hujung minggu lalu. Liat sungguh dia nak beratur membeli tiket tapi apabila sampai saja di kaunter, dia terkejut kerana semua show hampir sold out pada hari itu. Mujurlah sempat juga dapat saki baki tempat duduk.

Kemudian apabila tayangan berlangsung, kawan Murai Batu itulah yang paling kuat gelak sampai tepuk tangan! Haa, siapa nak jawab? Keluar saja panggung, dia terus mengucapkan terima kasih kepada Murai Batu kerana berjaya menyakinkan dia untuk menonton filem itu. Hmm...

MURAI BATU: Animasi Geng lebih kelakar daripada kebanyakan filem cereka komedi yang pernah ditayangkan. Jangan lupa pergi tengok ramai-ramai!

~** hurmmm... citer ni mmg besttt sgt... wlupun x tgk lg.. tpi dr report kwn2... :) mebe mlm ni aku nk pi tgk.. eheheh... x sbr nyerrr... ahaahkkss...

No comments: