Wednesday, January 28, 2009

Pengorbanan Seorang Ibu Ketika Bersalin

KL, 27 JAN 2009: Murai Batu ingin berkongsi satu cerita menarik tentang pengalaman Nora Danish tatkala melahirkan anak sulungnya, Putera Raiqal Ramli Bin Rizal Ashram Ramli, pada 7 Januari lalu.

Pengalaman itu diceritakan sendiri oleh Nora kepada seorang rakan baiknya. Kata sumber itu, Nora telah nekad untuk bersalin secara normal, macam ibu-ibu dan nenek-nenek kita di kampung dulu.

Pendek kata, sampai ke sudah, Nora yang walaupun bersalin di hospital bertaraf 5 bintang di Kuala Lumpur, tidak mahukan sebarang pembedahan.

"Sebabnya, Nora mahu rasakan sendiri bagaimana sakitnya bersalin. Memang sampai satu peringkat, doktor memberikan dia satu peluang lagi untuk 'push' kerana jantung anaknya mulai lemah.

"Akhirnya dengan penuh tawakkal dan kudrat dalaman, Nora berjaya melahirkan bayi lelakinya yang comel, seberat 3.5 kilogram," kata sumber itu lagi.

Namun apa yang mengejutkan, selepas agak kuat sedikit, Nora terus menghubungi rakan baiknya tadi dan berkata, "Alhamdulillah, semuanya dah selamat. Cuma awak, saya hendak berpesan satu saja... janganlah sekali-kali kita menderhaka kepada ibu kerana baru sekarang saya betul-betul faham bagaimana sakitnya seorang ibu yang hendak melahirkan anak."

Murai Batu sendiri cukup terharu dengan kata-kata Nora itu. Murai Batu juga kagum dan tabik kepada Nora kerana selama ini kita melihat dia sebagai seorang yang ceria, keanak-anakan, lemah lembut dan dianggap jenis 'lembik'.

Tapi jelas jiwa dan tekad Nora sangat kental. Dalam pada itu, lebih sensasinya Murai Batu dengar-dengar bekas suami Nora, Rizal Ashram (Jejai) pun ada di hospital terbabit pada saat-saat genting itu malah kemudian mengazankan bayi mereka itu. Alhamdulillah, sejuk hati mendengarnya...

Apakah mungkin Nora dan Jejai akan rujuk semula demi anak sulung mereka?

Selain itu, ibu mertua Nora pun khabarnya tetap rapat dan sangat sayangkan Nora dan cucunya itu. Entahlah, semua ini mungkin ada hikmahnya.

MURAI BATU: Hati dan perasaan ini selalu tewas setiap kali mendengar Aishah menyanyikan lagu Syurga Di Telapak Kaki Ibu.

~~** hmm... rase sayu plak bace stori niehh.. hu3... entah lah.. tapi itu lah yg aku rase... bace jer lah.. sendiri pikir ek... :)

No comments: