Friday, November 14, 2008

hati ibu

Hati ibu
Jangan sekali di sakiti
Jangan sekali di guris
Jangan sekali di singgung

Hati ibu
Harus di jaga, di belai dengan
Penuh kasih sayang
Pupuk ia dengan cinta dan kasih
Yang melimpah ruah

Sesegar hati ibu pabila kita menghargainya
Jangan sesekali membiarkan air mata ibu
Mengalir kerana perbuatan kita
Kelak kita derita

Sesuci kasih ibu tiada tandingan
Hargai dengan sepenuh hati nurani
Sulami keikhlasan yang menggunung tinggi
Ibu yang kita cintai…

No comments: